Tuesday, January 31, 2023

TUDUHAN TERHADAP ABUL HASAN AL-ASY'ARI OLEH ORIENTALIS

Kitab al-Ibanah yang disandarkan kepada Imam Abul Hasan al-Asy'ari melahirkan pelbagai sikap ulama terhadap beliau.

Ada dakwaan kata, beliau kembali kepada manhaj al-Salaf al-Soleh. Dakwaan ini dibantah oleh beberapa orang ulama dengan dakwaan bahawa kitab al-Luma' dan Ibanah tidak ada percanggahan pun.

Ada pula kata, kitab Ibanah ditulis sekadar taqiyyah sahaja. Ini seperti dakwaan Abu Ali al-Ahwazi dan disokong saekor orientalis bernama McDonald.

Rujukan: 
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011

Ms: 175;

Ms; 176

Ms: 177


Ms: 178

PERAWI HADIS: MUTAQADDIMIN dan MUTAAKHIRIN

Monday, January 30, 2023

CARA ASYA'IRAH MUTAAKHIRIN

Kalau mutaqaddimin, kalau mengatakan Allah atas Arash tidak bermakna anggap Allah berjisim.

Kalau mutaakhirin, kalau mengatakan Allah atas Arash, itu bermakna anggap Allah berjisim.

Rujukan;
al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.

SEBAB ABUL HASAN AL-ASY'ARI KELUAR DARI MUKTAZILAH

Pelbagai riwayat berkenaan sikap Imam Abul Hasan al-Asy'ari meninggalkan fahaman Muktazilah dan kembali kepada Ahli al-Sunnah wal Jamaah.

Cerita berkenaan dengan bahawa dia bermimpi berjumpa dengan Nabi, itu riwayat yang tidak kuat. Demikian juga, dakwaan bahawa dia berdebat dengan bapa tirinya, al-jubbaie yang merupakan guru Muktazilah.

Ada kupasan kata, ini soal fitrah dan hidayah anugerah Allah kepada mereka yang jujur dalam mencari kebenaran.

Rujukan: 
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.

IBN HAJAR TULIS KITAB KETIKA SEDANG BERMUSAFIR

Al-Hafiz Ibnu Hajar tulis kitab Nukhbah al-Fikr ketika dalam permusafiran.

Kemudian, al-Imam al-Sun'ani jadikan kandungan kitab itu secara syair sehingga dapat lebih 200 bait syair. Menariknya, dia buat dalam masa sehari sahaja.

Rujukan: 
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.



ULAMA SUNNAH DITEKAN KERAJAAN MUKTAZILAH

Ulama Ahli al-Sunnah wal Jamaah ditekan pada era kerajaan Muktazilah sehingga dihenti pendamaian dari baitul Mal dan ulama hadis dilarang mengajar hadis.

Rujukan: 
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.

Sunday, January 29, 2023

BAPA ABUL HASAN AL-ASY'ARI SEORANG SUNNI

Al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari dari sudut sejarah awal hidupnya adalah bapanya seorang ahli hadis.

Sebelum meninggal, bapanya wasiatkan agar dia mendapat pendidikan dari seorang ulama hadis terkemuka pada era itu, iaitu Zakaria bin Yahya al-Saji.

Namun, dia tidak terkenal dalam periwayatan hadis. Dia lebih dikenali sebagai orang yang berkeahlian dalam bidang ilmu aqidah.

Kitab ini ada bawakan komentar MAS'UD BIN SYAIBAH yang menyatakan bahawa Imam Abul Hasan berguru dengan bapa tirinya yang merupakan seorang ulama besar dalam Muktazilah, iaitu al-jubbaie.

Dia belajar sehingga dia salah seorang ulama dalam aliran Muktazilah. Namun, selepas itu dia keluar dan lawan fahaman Muktazilah.

Rujukan: 
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.

KOMEN IBN TAIMIYAH BERKENAAN ABUL HASAN AL-ASY'ARI

ibn Taimiyah mengatakan, sikap orang terhadap Imam ABul hasan al-Asyari ada:

(a) terlalu sayang

(b) terlalu benci

Setiap pihak sampai sanggup melakukan dusta atas nama dia.


Rujukan: 

- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah, 

- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.

- al-Saudiyyah, Dar al-Fadhilah, 2011.


BLOG BACA BUKU

 sekadar simpanan bahan bacaan buku pdf

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...