Friday, February 24, 2023

MAUDUDI TUDUH SAIDINA OSMAN

Maududi kata, Saidina Usman permula kepada menukar pemerintah Islam kepada Jahiliyyah.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.


TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH

Sebelum nak kata sesuatu hukum itu wajib dilaksanakan atau tidak, perkara yang perlu kita tahu adalah, hukum tersebut Qatie atau Zanni.

Banyak hukum-hukum yang dikeluarkan oleh ahli fiqh banyak bersifat Zanni yang terikat dengan ijtihad.

Sebab itu, keutamaan dalam politik adalah adil dan maslahah.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

KHAWARIJ ANGGAP IJTIHAD MEREKA ADALAH AGAMA MEREKA

Masalah besar pada fikrah Khawarij dahulu dan kontemporari adalah, apabila mereka anggap ijtihad politik mereka adalah perkara qatie agama sehingga kalangan yang berbeza dengan mereka anggap selain dari mereka sebagai menyanggahi Islam.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Wednesday, February 22, 2023

KENYATAAN TERORIS SAMA DENGAN AMANAT HADI

Kenyataan dari Abdul Salam Frj, tokoh teroris Mesir yang diambil dari kitab Al-Faridhoh al-Ghaibah. 

Negara yang majoriti penduduknya muslim yang dilaksanakan hukum dan undang-undang kafir. Orang Islam sekadar nama sahaja, walaupun mereka solat, puasa dan mengaku muslim.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

SYED QUTB TAKFIR UMAT

Konsep umat muslimah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb adalah jemaah manusia yang mengikut manhaj Islam. Beliau anggap, konsep tersebut sudah tidak ada lagi yang beliau nyatakan sebagai semenjak kehilangan perlaksanaan syariah. Hal ini beliau kaitkan dengan soal iman dan kufur.

Beliau anggap, umat hari ini hidup secara jahiliyyah. Justeru, perlu berusaha untuk menjadikan mereka Muslim yang baru.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

MAUDUDI ANGGAP PEMERINTAHAN OSMAN SEBAGAI JAHILIYAH

Konsep Jahiliyyah asalnya adalah konsep zaman sebelum era Nabi Muhammad.

Namun, ia dianggap sebagai konsep yang dikaitkan dengan aqidah adalah Maududi.

Apabila dikaitkan dengan aqidah, kemudian dianggap pula permulaan bagi jahiliyyah dalam kerangka pemerintahan adalah di era Osman bin Affan. Kemudian, selepas dari pemerintah Umar bin Abdul Aziz, pemerintahan Jahiliyyah berkekalan sehingga zaman berzaman.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.


Saturday, February 18, 2023

TERORIS AMBIL KONSEP HAKIMIYYAH MAUDUDI

Maududi mengupas konsep hakimiyyah pada dua konteks yang berbeza.
A. Sebelum pecah Pakistan dan India. Fasa ini, dia anggap demokrasi adalah haram.
B. Selepas terbentuk negara Pakistan. Fasa ini, dia anggap terlibat dengan demokrasi adalah keperluan.

Sikapnya berubah, kerana dia melihat pada konteks majoriti umat Islam. Sebelum berpisah antara India dan Pakistan, bilangan orang Islam minoriti. Dengan itu difatwakan bahawa demokrasi haram.

Apabila lepas Pakistan keluar dari India, dia melihat demokrasi dalam kerangka Pakistan yang majoriti penduduknya adalah muslim.

Bagi kalangan pelampau, mereka mengambil konsep hakimiyyah Maududi di era dia tolak demokrasi.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Friday, February 17, 2023

MAUDUDI DAN DEMOKRASI

Sebelum penubuhan negara Pakistan, Maududi menulis bahawa beliau menolak sistem demokrasi.

Selepas terbentuk negara Pakistan, dia sendiri terlibat dengan demokrasi dan pilihanraya Pakistan.

Dia menolak demokrasi, kerana bilangan orang Islam minoriti.

Apabila terbentuk negara Pakistan setelah keluar dari India, dia setuju dengan demokrasi pula kerana bilangan orang Islam sudah majoriti.


Ini masalah besar pada tokoh gerakan Islam. Mereka bercakap tentang demokrasi atas kepentingan, bukan atas semangat demokrasi itu sendiri.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.


HAKIMIYYAH KHAWARIJ

Masalah besar pada Khawarij adalah pada konsep Hakimiyyah.

Ahli al-Sunnah melihat hakimiyyah ada dua:
A. Hakimiyyah Tuhan
B. Hakimiyyah manusia 

Pada Khawarij, hakimiyyah hanya milik tuhan sahaja.

Kesan dari konsep hakimiyyah versi Khawarij ini menyebabkan mereka Takfir kepada orang yang berbeza dengan mereka. 

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Tuesday, February 7, 2023

BILAKAH QAUL QADIM ADALAH HUJAH?

Qaul Qadim imam Syafie diamalkan dan disandarkan dalam fatwa selama ia tidak bercanggah dengan qaul Jadid imam Syafie.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.


METODE MALIKI: HADIS SAHIH TIDAK DIAMALKAN JIKA BERCANGGAH DENGAN USUL

Imam Maliki tidak amalkan hadis khiyar majlis kerana hadis tersebut bercanggah dengan usul yang Qatie.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

HADIS SAHIH YANG IMAM SYAFIE TIDAK AMALKAN.

Ada beberapa hadis yang sahih di sisi imam Syafie, tetapi ia tidak diamalkan. Orang mungkin rasa pelik: kenapa iman Syafie tidak amalkan hadis sahih tersebut.

Rupa-rupanya, dalam penelitian Imam Syafie, hadis itu mansukh.

IBN Khuzaimah pernah nyatakan bahawa dia tidak tahu perkara halal - haram dari hadis tidak ditulis imam Syafie dalam kitab-kitab beliau.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie,
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.



MAKSUD IMAM SYAFIE, SAHIH HADIS

Orang selalu nukilkan perkataan Imam Syafie yang kata: "apabila sahih hadis, maka itu mazhab aku"

Dan perkataan beliau: "apabila kamu dapati dalam kitab aku perkara yang menyalahi hadis sahih, maka hendaklah kamu berpegang kepada hadis dan tinggalkan perkataan aku".

Perkataan ini sering dijadikan alasan bagi sebilangan orang yang menilai sesuatu hadis pada pandangannya sahih, dia terus anggap fatwa imam Syafie sebagai salah.

Nukilkan kenyataan imam Syafie tanpa dia faham konteks. 

Sebenarnya, imam Syafie cakap sebegitu sebagai menggambarkan metode mazhab beliau yang berbeza dengan metode mazhab Hanafi dan Maliki. Seperti mazhab Maliki menilai, hadis sahih Sanad tidak boleh diamalkan jika kandungan matan hadis itu tidak diamalkan oleh ahli Madinah.

Rujukan;
Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

Monday, February 6, 2023

AL-KAUTSARI REMEHKAN SAHABAT NABI


Antara bahaya yang berlaku pada umat ini adalah taksub sehingga sanggup meremehkan Rasulullah berbanding individu yang dia taksub.

Dalam sekitar awal 1900 masihi, ada seorang ulama bernama Zahid Al-Kautsari yang berasal dari Turki dan meninggal di Mesir; dia taksub mazhab Hanafi sehingga kadangkala dia tampilkan Imam Abu Hanifah lebih dari sahabat Nabi.

Apatah sangat meremehkan imam mazhab selain Abu Hanifah, seperti Imam Syafie.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.




Saturday, February 4, 2023

ULAMA RIJAL PALING OBJEKTIF

Imam al-Zahabi menyatakan, ulama jarh dan ta'dil memang tidak maksum. Tp, mereka paling objektif dalam menilai seseorang ulama. Mereka kalau menilai ulamak, mesti disertakan sebab yang layak seseorang ulama itu dikatakan siqah atau tidak.

Dengan sebab itu, Ibn Hajar pesan agar jangan terima bulat-bulat jarh dan ta'dil dari mana-mana ulama tanpa ada menyatakan sebab. Hal ini kerana, untuk nak elak penilaian berasaskan kepada bias taksub mazhab.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.



Friday, February 3, 2023

ULAMA HADIS TIDAK TAKSUB

Kelebihan ulama hadis adalah mereka cukup objektif dalam menilai hadis. Dalam menentukan status perawi, mereka tidak taksub dalam meneliti perawi yang berbeza mazhab aqidah atau fiqh dengan mereka. Cukup perawi itu benar dan amanah dalam meriwayatkan ilmu, itu pun mereka terima riwayatnya, walau berbeza mazhab fiqh dan mazhab aqidah.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.










TAKSUB MEMBENTUK ISTINBAT HUKUM


Taksub sememangnya memberi kesan dalam memgistinbatkan hukum. Ibn al-Qayyim pernah menyebut berkenaan wujud pentafsiran agama itu berasaskan kepada taksub mazhab, bukan berdasarkan kehendak Nas. 

Apatah lagi, ada beberapa kenyataan ulama mazhab yang mempunyai kaedah usul yang berpihak kepada mazhab. Seperti Imam al-Kurkhi yang pernah menyebut bahawa hadis yang menyalahi pendapat mazhab Hanafi, hadis itu diihtimalkan sebagai nasakh.

Kadangkala penilaian terhadap bidaah atau tidak sesuatu amalan bukan berasaskan kepada dalil, tetapi taksub mazhab.

Rujukan; 
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...