Friday, August 4, 2023

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz. 

Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, amat besar bergerak dari aliran Ahli al-Ra'y, yang boleh dianggap Ibn Mas'ud sebagai pemula kepada pemikiran ini. (267)

sifat hadis terhadap Quran

Sifat hadis terhadap Quran ada beberapa jenis;
1. Hadis mengukuhkan apa yang ada dalam Quran.
2. Hadis sebagai perincian terhadap apa yang ada dalam Quran.
3. Hadis menyatakan perkara yang tidak ada kaitan dengan Quran. Hadis berdiri sendiri. 

Dua perkara di atas, disepakati ulama. Namun yang ketiga, ada Khilaf dalam kalangan ulama lagi.

Yang kuat menyatakan, hadis boleh berdiri sendiri. Ekoran itu pengharaman seseorang perempuan kahwini bapa saudaranya (sama ada dari pihak ibu atau bapa) tetap berlaku, walaupun tidak ada dalam Quran, kerana ia wujud dalam hadis. (268-269)

syarat terima hadis di sisi Syafie

Disamping Hanafiyyah mensyaratkan faqih untuk menerima sesuatu riwayat, Syafie pula menyatakan penerimaan sesuatu hadis dengan syarat-syarat berikut;
1. Siqah pada agama
2. Dikenali sebagai benar (tidak bohong)
3. Berakal (sedar) apa yang di ucapkan.
4. Tahu makna disebalik lafaz.
5. Hafal orang yang menceritakan kepadanya.
6. Jika tulis, tulisannya tetap ada.
7. Selaras dengan Hadis yang lain.
8. Tidak ada tadlis.
9. Konfirm bersambung sampai ke Nabi.

Hanafi dituduh tolak hadis

Walaupun menolak hadis yang bercanggah dengan Quran ini telah diamalkan sejak era sahabat lagi, tetapi dalam tradisi ulama mazhab, Hanafi adalah ulama yang boleh dikatakan terawal membawa pendekatan tersebut.

Malahan, sikap beliau itu menyebabkan beliau pernah dianggap sebagai Orang yang menolak hadis.

syarat bercanggah dengan Quran

Aisyah ada riwayatkan hadis (Bukhari) bahawa Nabi saw Ada kata, meletakkan syarat yang tiada dalam kitabullah, maka ia batil, walaupun diletakkan seratus syarat sekalipun.

Surakhsi menyatakan bahawa hadis yang bercanggahan dengan Kitabullah, maka ia ditolak. (289)

hadis Syaz menurut Hanafi

Dalam manhaj Hanafiyyah, hadis Ahad yang diamalkan jika tiada Nas yang selainnya. Dan jika ada percanggahan dengan Quran dan hadis Mutawatir, maka ia dianggap gharib dan Syaz. (289-290)

mazhab Malik dahulukan Quran berbanding hadis.

Ada pihak dakwa Mazhab Maliki tolak hadis, Apabila bertembung dengan Quran. Tp ada pihak tidak setuju dengan dakwaan tersebut.

Mereka kemukakan dalam tiga isu; bilangan susuan anak susuan, haji untuk si mati dan jilatan anjing pada bekas.

Anak susuan. Mazhab Maliki anggap anak susuan dengan semata-mata susuan tanpa dikaitkan dengan berapa kali. Ada pihak hujah, bahawa pandangan begitu kerana Maliki pakai ayat Quran, tanpa melihat kepada hadis. 

Dijawab bahawa sebenarnya, bukan kerana melihat kepada Mutlaq ayat Quran, tp merujuk kepada ada pandangan dalam kalangan sahabat yang menyatakan tidak perlu kepada bilangan kali susuan untuk jadi anak susuan, terutama ia selaras dengan amalan ahli Madinah.

Haji kepada si mati. Maliki anggap boleh laksanakan haji si mati jika di mati wasiatkan. Justeru, ia memenuhi wasiat, bukan semata-mata mahu laksanakan di mati. Ini bermakna, beliau kaitkan ayat Quran dan hadis secara bersekali. Ayat Quran kata, seseorang itu dapat pahala berdasarkan apa yang diamalkan. Justeru, semata-mata nak tunaikan haji untuk si mati tidak boleh. Lalu, hadis yang kata boleh itu merujuk kepada wasiat.

Jilatan anjing. Beliau melihat kepada ayat Quran yang menyebut berkenaan keizinan ambil anjing sebagai perburuan. Justeru, hadis suruhan basuh itu sunat sahaja.

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...