Sebelum meninggal, bapanya wasiatkan agar dia mendapat pendidikan dari seorang ulama hadis terkemuka pada era itu, iaitu Zakaria bin Yahya al-Saji.
Namun, dia tidak terkenal dalam periwayatan hadis. Dia lebih dikenali sebagai orang yang berkeahlian dalam bidang ilmu aqidah.
Kitab ini ada bawakan komentar MAS'UD BIN SYAIBAH yang menyatakan bahawa Imam Abul Hasan berguru dengan bapa tirinya yang merupakan seorang ulama besar dalam Muktazilah, iaitu al-jubbaie.
Dia belajar sehingga dia salah seorang ulama dalam aliran Muktazilah. Namun, selepas itu dia keluar dan lawan fahaman Muktazilah.
Rujukan:
- al-Imam al-Asya'ri: hayatuh wa Atwaruh al-Aqdiyyah,
- Soleh bin Muqbil bin Abdullah al-Usoimi al-Taimiy.
No comments:
Post a Comment