Friday, August 4, 2023

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz. 

Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, amat besar bergerak dari aliran Ahli al-Ra'y, yang boleh dianggap Ibn Mas'ud sebagai pemula kepada pemikiran ini. (267)

sifat hadis terhadap Quran

Sifat hadis terhadap Quran ada beberapa jenis;
1. Hadis mengukuhkan apa yang ada dalam Quran.
2. Hadis sebagai perincian terhadap apa yang ada dalam Quran.
3. Hadis menyatakan perkara yang tidak ada kaitan dengan Quran. Hadis berdiri sendiri. 

Dua perkara di atas, disepakati ulama. Namun yang ketiga, ada Khilaf dalam kalangan ulama lagi.

Yang kuat menyatakan, hadis boleh berdiri sendiri. Ekoran itu pengharaman seseorang perempuan kahwini bapa saudaranya (sama ada dari pihak ibu atau bapa) tetap berlaku, walaupun tidak ada dalam Quran, kerana ia wujud dalam hadis. (268-269)

syarat terima hadis di sisi Syafie

Disamping Hanafiyyah mensyaratkan faqih untuk menerima sesuatu riwayat, Syafie pula menyatakan penerimaan sesuatu hadis dengan syarat-syarat berikut;
1. Siqah pada agama
2. Dikenali sebagai benar (tidak bohong)
3. Berakal (sedar) apa yang di ucapkan.
4. Tahu makna disebalik lafaz.
5. Hafal orang yang menceritakan kepadanya.
6. Jika tulis, tulisannya tetap ada.
7. Selaras dengan Hadis yang lain.
8. Tidak ada tadlis.
9. Konfirm bersambung sampai ke Nabi.

Hanafi dituduh tolak hadis

Walaupun menolak hadis yang bercanggah dengan Quran ini telah diamalkan sejak era sahabat lagi, tetapi dalam tradisi ulama mazhab, Hanafi adalah ulama yang boleh dikatakan terawal membawa pendekatan tersebut.

Malahan, sikap beliau itu menyebabkan beliau pernah dianggap sebagai Orang yang menolak hadis.

syarat bercanggah dengan Quran

Aisyah ada riwayatkan hadis (Bukhari) bahawa Nabi saw Ada kata, meletakkan syarat yang tiada dalam kitabullah, maka ia batil, walaupun diletakkan seratus syarat sekalipun.

Surakhsi menyatakan bahawa hadis yang bercanggahan dengan Kitabullah, maka ia ditolak. (289)

hadis Syaz menurut Hanafi

Dalam manhaj Hanafiyyah, hadis Ahad yang diamalkan jika tiada Nas yang selainnya. Dan jika ada percanggahan dengan Quran dan hadis Mutawatir, maka ia dianggap gharib dan Syaz. (289-290)

mazhab Malik dahulukan Quran berbanding hadis.

Ada pihak dakwa Mazhab Maliki tolak hadis, Apabila bertembung dengan Quran. Tp ada pihak tidak setuju dengan dakwaan tersebut.

Mereka kemukakan dalam tiga isu; bilangan susuan anak susuan, haji untuk si mati dan jilatan anjing pada bekas.

Anak susuan. Mazhab Maliki anggap anak susuan dengan semata-mata susuan tanpa dikaitkan dengan berapa kali. Ada pihak hujah, bahawa pandangan begitu kerana Maliki pakai ayat Quran, tanpa melihat kepada hadis. 

Dijawab bahawa sebenarnya, bukan kerana melihat kepada Mutlaq ayat Quran, tp merujuk kepada ada pandangan dalam kalangan sahabat yang menyatakan tidak perlu kepada bilangan kali susuan untuk jadi anak susuan, terutama ia selaras dengan amalan ahli Madinah.

Haji kepada si mati. Maliki anggap boleh laksanakan haji si mati jika di mati wasiatkan. Justeru, ia memenuhi wasiat, bukan semata-mata mahu laksanakan di mati. Ini bermakna, beliau kaitkan ayat Quran dan hadis secara bersekali. Ayat Quran kata, seseorang itu dapat pahala berdasarkan apa yang diamalkan. Justeru, semata-mata nak tunaikan haji untuk si mati tidak boleh. Lalu, hadis yang kata boleh itu merujuk kepada wasiat.

Jilatan anjing. Beliau melihat kepada ayat Quran yang menyebut berkenaan keizinan ambil anjing sebagai perburuan. Justeru, hadis suruhan basuh itu sunat sahaja.

pertembungan quran dan hadis

Yang dimaksud dengan pertembungan hadis dan Quran itu adalah apabila dilihat tidak dapat diselaraskan sehingga terpaksa menolak salah satunya, sama ada Quran atau hadis. Justeru, memilih yang Qatie lebih didahulukan berbanding yang zanni.

Namun, jika masih boleh diselaraskan, maka itu tidak termasuk dengan maksud bertentangan Quran dan hadis.

TAKHSIS DI SISI HANAFI

Takhsis dalam definisi Hanafiyyah dan jumhur ternyata berbeda. 

Hanafiyyah mensyaratkan mustaqil dan muqarin, sedangkan jumhur tidak syaratkan.

Pada Hanafiyyah, jika tidak muqarin, maka itu adalah nasakh, bukan takhsis lagi.

Dan mensyaratkan semestinya sama tahap dari sudut kekuatan. Bermaksud, Quran tidak boleh ditakhsiskan oleh hadis Ahad yang zanni, tetapi perlu ditakhsiskan dengan sumber yang Qatie, sama ada Quran atau hadis Mutawatir. 
(304-305)

Thursday, August 3, 2023

sahih Sanad, tapi palsu matan

Hadis yang kata, orang yang benar adalah orang yang bersin semasa bercakap.

Dari sudut Sanad, hadis ini saheh. Namun, Ibn al-Qayyim menilai sebagai palsu kerana bercanggah dengan emparikal.

Begitu juga hadis bahawa Allah ciptakan tanah pada hari Sabtu. Walaupun ia diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim, ternyata ia bukan perkataan Nabi sehingga Ibn al-Qayyim anggap perawi-perawinya salah dengan menjadikannya perkataan Nabi. (251)

Maqayiss.

Abu Sufyan tawar anak kepada Nabi

Dalam hadis Muslim ada dinyatakan bahawa Abu Sufyan tawar kepada Nabi untuk kahwini anaknya Ummu Habibah. 

Hadis ini ditolak oleh imam Ibnu Hazm dengan dakwa ia sebagai palsu dengan alasan Ummu Habibah berkahwin dengan Nabi jauh lebih awal dari tarikh Abu Sufyan peluk Islam.

Ibn Solah takwil hadis ini dengan mendakwa bahawa selepas Abu Sufyan peluk Islam, akad nikah diulang sekali lagi. Takwil itu ditolak oleh imam Nawawi. (257-258)

MAKSUD SANAD SAHIH

Kalau kita baca dalam kitab hadis sebut

اسناده صحيح 
Sanadnya saheh.

Maknanya, hadis itu Sanad bersambung, dan perawinya pula adil dan dhobit.

Tetapi, matan tidak semestinya soheh; kemungkinan ada Syaz atau illat.

Kalau disebut;

رجاله ثقات
Para rijalnya semua siqah

Maknanya, semua perawi hadis itu adil dan dhobit, tapi tak semestinya sanadnya bersambung, juga matan kemungkinan sahaja ada Syaz atau illat.

- Dr Abdul Mahdi Abdul Qadir Abdul Hadi, kitab Turuq al-Hukm 'ala al-Hadis bi al-Sihhah Aw al-Dho'f, jld 2, hlm 263

Monday, July 10, 2023

ibn Hajar tolak kalangan kata Tuhan Turun.

Ketika menghuraikan hadis nuzul, Ibn Hajar al-Asqalani berkata: 

"Makna nuzul dalam hadis ini telah diperselisihkan beberapa pendapat:

Dalam kalangan mereka ada yang memahami hadis ini secara zahir literal dan secara hakikatnya, dan mereka adalah golongan musyabbihah, Maha Tinggi Tuhan daripada pendapat mereka ini,"

Tuesday, May 23, 2023

matan palsu, Sanad sahih

Hadis yang:

1. Sanad dan matan sama-sama sahih.
2. Sanad dan matan sama-sama batil;

Contohnya, hadis yang kononnya Nabi berkata bahawa pembunuh Husain (ahli bait) sebagai orang yang tidak dapat syafaat Nabi.

3. Sanad doif, matan sahih.

Hadis: orang yang tidak mengambil peduli berkenaan umat Islam, maka ia bukan dari kalangan orang muslim.

4. Matan batil, Sanad sahih.

Contohnya, hadis Asma' kononnya Nabi saw duduk atas riba Ali dan ketika itu turun wahyu kepada Nabi. Ketika itu, Nabi saw tidak solat sehingga masuk maghrib.

Muhammad Abdul Razak Hamzah kata, dakwaan bahawa riwayat siqah tidak lupa dan silap adalah dakwaan yang tidak sahih.

Ramai sahabat yang waham.

IBN AL-QAYYIM ada kata: sikap ulama hadis;
A. Konfirm palsu.
B. Sangkaan bahawa ia palsu.
C. Tawaqquf.
D. Tarjih benar tp tidak konfirm.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Friday, May 19, 2023

Sanad sahih tp matan doif. Iraqi

Al-iraqi menyatakan bahawa Sanad sesuatu hadis itu sahih atau Hasan tidak semestinya matan turut sama sahih atau Hasan juga. (113)

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Wednesday, May 10, 2023

istilah imam Tarmizi

Tarmizi kata:
Hasan sahih: Hasan nisbah satu sanad, sahih nisbah Sanad lain (Ibn al-Solah)

Hasan gharib:
Sanadnya ada perawi Hasan, tetapi Sanad itu hanya satu jalur sahaja, maka ia gharib. (ibn Taimiyyah)

Kalau satu jalur, maka gharib.
Kalau matannya ada penguat seperti syawahid n mutabaah, maka Hasan.

hadis hasan

Hadis Hasan

Ikut syarat sahih dah, tetapi ada perawi dalam Sanad itu dhobitnya rendah.

Hasan;
A. Linafsih: dobit perawi rendah.
B. Lighairih: ada perawi Mastur, tidak konfirm keahliannya, mungkin banyak silap tetapi tidak dituduh pendusta. Hadisnya dikuatkan dengan mutabaah dan shawahid.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

hadis doif Sanad, matan qatie dilalah

Hadis "TIADA WASIAT BAGI PEWARIS". 

Ia bermasalah pada Sanad, tetapi hukumnya qatie kerana matannya تلقته الأمة بالقبول

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Monday, May 8, 2023

Hadis Ahad, hukumnya qatie atau Zanni?

Hadis Ahad, hukumnya qatie atau Zanni?

1. Tidak qatie. Pandangan IMAM NAWAWI.

2. Qatie. Pandangan DAUD ZAHIRI, IBN HAZM, menurut hikayat dari Imam Malik

3. Qatie sahih dan ilmu Yakin pada Sahih Bukhari n Muslim, atau salah satu dari keduanya atau  syarat kedua-duaanya atau salah dari keduanya. Pendapat IBN TAIMIYAH, IBN QAYYIM n IBN AL-SOLAH. 

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Friday, May 5, 2023

berita berkenaan Nabi Isa disalib.

Nasrani dakwa, berita berkenaan Nabi Isa di salib adalah Mutawatir. 

Ulama Islam jawab, bahawa itu tidak Mutawatir. Kerana, kadar bilangan ramai itu berlaku selepas beberapa lama kemudian.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

5 panduan tahu hadis palsu

Untuk nak tahu sesuatu hadis itu palsu

1. Menyalahi akal dan emparikal dan perkara Mutawatir.

2. Menyalahi perkara qatie dalam Quran dan hadis atau ijmak.

3. Sesuatu perkara yang melibatkan umum, tetapi sifatnya tidak Mutawatir.

4. Dakwaan kerasulan tanpa mukjizat.

5. Jelas dusta dengan himpunan ramai yang mungkin mereka bersepakat untuk dusta.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Wednesday, May 3, 2023

Hadis mesti masuk akal

Sesuatu penilaian terhadap hadis perlu masuk akal dan selaras dengan emparikal.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Monday, May 1, 2023

riwayat tarikh

Rashid al-Din Fadhl al-Din al-Hamzani, tasahul dalam riwayat tarikh yang berkaitan dengan pembangunan, medan perang DLL dibolehkan.

ketat pada hadis hukum, bukan pada tarikh.

Imam Ahmad kata, hadis yang berkaitan dengan halal dan haram, ulama akan ambil pendekatan yang ketat.

Dalam hal Fadhail amal dan tarikh, ulama ambik sikap tasahul.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

kisah sahabat nampak aurat Aisyah.

Melihat hadis, perlu diteliti juga dari sudut tarikh. Jika tidak, boleh membuat kesimpulan yang silap.

Ada satu riwayat yang menyebut bahawa UYAYNAH HIN HISN datang jumpa Nabi yang ketika itu Aisyah ada bersama baginda. Didapati ketika itu Aisyah belum memakai hijab. Dikatakan UYAYNAH bertanya nabi: siapa  wanita kulit kemerah-merahan ini, wahai Rasulullah.

Kisah ini kelihatan benar. Tetapi, apabila diteliti didapati bahawa UYAYNAH memeluk Islam selepas turun ayat Hijab. Justeru, tidak munasabah dikatakan kejadian ini berlaku.

Apatah lagi, dalam kisah ini ada perawi bernama YAZID BIN IYADH yang merupakan perawi MATRUK. 

Seorang pengkaji berkenaan permulaan ilmu tarikh dalam kalangan arab, Dr. Abdul Aziz al-Duri menyatakan bahawa tabari adalah sandaran besar terhadap tarikh-tarikh melibatkan awal Islam. 

Tabari pula didapati menukilkan riwayat tarikh dari tokoh yang pelbagai, seperti terpengaruh dengan Syiah, israiliyat, ahli al-Sunnah dan sebagai, seperti ibnu al-Kalbi, Ibn al-Hakam, Ibn Muzahim, Urwah bin -Zubair, al-Zuhri, Ibn ishaq, al-Waqidi, Wahab bin Munabbih, Ka'ab bin al-Ahbar.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

sumber tarikh al-Tabari

Sunday, April 30, 2023

penduduk syam bermudah dengan sanad

Al-Zuhri adalah penduduk syam yang mula-mula mementingkan Sanad dalam periwayatan hadis.

Pada zamannya, penduduk Syam amat bermudah-mudah dengan Sanad.

Ada seorang ulama bernama Ibn Farwah yang riwayatkan hadis tanpa menyebut Sanad. Dia terus sebut Rasulullah saw. Zuhri tegur agar dia tidak riwayatkan hadis kecuali disertakan Sanad.

Imam Malik dikatakan juga orang yang terawal mementingkan Sanad.

Syu'bah pernah kata, hadis tanpa Sanad adalah umpama sayur dan cuka yang tidak bermanfaat.

Permulaan meminta Sanad dalam periwayatan hadis adalah di era selepas pembunuhan terhadap Saidina Osman. Kerana di era itu, bermula dengan taksub dan kepartian.

Yahya bin Said al-Qattan kata, orang yang mula-mula sekali bertanya berkenaan Sanad adalah 'Amir al-Sya'bi.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

pemula Sanad di era tabiin.

Saturday, April 29, 2023

DALIL SAHABAT TIDAK BERBOHONG

Sahabat - sahabat Nabi tidak menipu dalam hal melibatkan Nabi.

Dalam ayat Al-Quran, ada disebut berkenaan laknat kepada orang yang berdusta merujuk kepada orang Nasrani. Jika ada dari kalangan sahabat yang menipu, sudah pasti sudah turun ayat Al-Quran yang menyebut berkenaan sahabat berbohong. 

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

kelebihan umat Muhammad dari sudut Sanad.

Mulla Ali Qari kata, kelebihan umat Nabi Muhammad adalah sumber agama mempunyai Sanad. Ini tidak berlaku dalam Taurat dan Injil; kitab mereka bercampur antara sumber yang siqah dan tidak siqah.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

istilah ilmu hadis

Istilah hadis sahih dan hadis doif yang digunakan dalam ilmu hadis

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

ISNAD n SANAD

Ibn al-Solah anggap tidak ada beza di antara Isnad dan Sanad.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

Thursday, March 2, 2023

TUDUH KAFIR KEPADA ALIRAN AQIDAH BERBEZA

Imam Al-Ghazali pernah sebut, kalau dikatakan kafir kepada orang yang hanya berbeza aliran aqidah seperti dituduh kafir kerana dia Asya'irah, atau Muktazilah, atau Hanabilah DLL, maka itu adalah bodoh.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Friday, February 24, 2023

MAUDUDI TUDUH SAIDINA OSMAN

Maududi kata, Saidina Usman permula kepada menukar pemerintah Islam kepada Jahiliyyah.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH

Sebelum nak kata sesuatu hukum itu wajib dilaksanakan atau tidak, perkara yang perlu kita tahu adalah, hukum tersebut Qatie atau Zanni.

Banyak hukum-hukum yang dikeluarkan oleh ahli fiqh banyak bersifat Zanni yang terikat dengan ijtihad.

Sebab itu, keutamaan dalam politik adalah adil dan maslahah.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

KHAWARIJ ANGGAP IJTIHAD MEREKA ADALAH AGAMA MEREKA

Masalah besar pada fikrah Khawarij dahulu dan kontemporari adalah, apabila mereka anggap ijtihad politik mereka adalah perkara qatie agama sehingga kalangan yang berbeza dengan mereka anggap selain dari mereka sebagai menyanggahi Islam.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Wednesday, February 22, 2023

KENYATAAN TERORIS SAMA DENGAN AMANAT HADI

Kenyataan dari Abdul Salam Frj, tokoh teroris Mesir yang diambil dari kitab Al-Faridhoh al-Ghaibah. 

Negara yang majoriti penduduknya muslim yang dilaksanakan hukum dan undang-undang kafir. Orang Islam sekadar nama sahaja, walaupun mereka solat, puasa dan mengaku muslim.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

SYED QUTB TAKFIR UMAT

Konsep umat muslimah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb adalah jemaah manusia yang mengikut manhaj Islam. Beliau anggap, konsep tersebut sudah tidak ada lagi yang beliau nyatakan sebagai semenjak kehilangan perlaksanaan syariah. Hal ini beliau kaitkan dengan soal iman dan kufur.

Beliau anggap, umat hari ini hidup secara jahiliyyah. Justeru, perlu berusaha untuk menjadikan mereka Muslim yang baru.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

MAUDUDI ANGGAP PEMERINTAHAN OSMAN SEBAGAI JAHILIYAH

Konsep Jahiliyyah asalnya adalah konsep zaman sebelum era Nabi Muhammad.

Namun, ia dianggap sebagai konsep yang dikaitkan dengan aqidah adalah Maududi.

Apabila dikaitkan dengan aqidah, kemudian dianggap pula permulaan bagi jahiliyyah dalam kerangka pemerintahan adalah di era Osman bin Affan. Kemudian, selepas dari pemerintah Umar bin Abdul Aziz, pemerintahan Jahiliyyah berkekalan sehingga zaman berzaman.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Saturday, February 18, 2023

TERORIS AMBIL KONSEP HAKIMIYYAH MAUDUDI

Maududi mengupas konsep hakimiyyah pada dua konteks yang berbeza.
A. Sebelum pecah Pakistan dan India. Fasa ini, dia anggap demokrasi adalah haram.
B. Selepas terbentuk negara Pakistan. Fasa ini, dia anggap terlibat dengan demokrasi adalah keperluan.

Sikapnya berubah, kerana dia melihat pada konteks majoriti umat Islam. Sebelum berpisah antara India dan Pakistan, bilangan orang Islam minoriti. Dengan itu difatwakan bahawa demokrasi haram.

Apabila lepas Pakistan keluar dari India, dia melihat demokrasi dalam kerangka Pakistan yang majoriti penduduknya adalah muslim.

Bagi kalangan pelampau, mereka mengambil konsep hakimiyyah Maududi di era dia tolak demokrasi.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Friday, February 17, 2023

MAUDUDI DAN DEMOKRASI

Sebelum penubuhan negara Pakistan, Maududi menulis bahawa beliau menolak sistem demokrasi.

Selepas terbentuk negara Pakistan, dia sendiri terlibat dengan demokrasi dan pilihanraya Pakistan.

Dia menolak demokrasi, kerana bilangan orang Islam minoriti.

Apabila terbentuk negara Pakistan setelah keluar dari India, dia setuju dengan demokrasi pula kerana bilangan orang Islam sudah majoriti.

Ini masalah besar pada tokoh gerakan Islam. Mereka bercakap tentang demokrasi atas kepentingan, bukan atas semangat demokrasi itu sendiri.

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

HAKIMIYYAH KHAWARIJ

Masalah besar pada Khawarij adalah pada konsep Hakimiyyah.

Ahli al-Sunnah melihat hakimiyyah ada dua:
A. Hakimiyyah Tuhan
B. Hakimiyyah manusia 

Pada Khawarij, hakimiyyah hanya milik tuhan sahaja.

Kesan dari konsep hakimiyyah versi Khawarij ini menyebabkan mereka Takfir kepada orang yang berbeza dengan mereka. 

Rujukan;
- maqalat al-Ghuluw al-Dini wa Alla diniy
- Dr. Muhammad Imarah.
- maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah, Kaherah, 2004.

Tuesday, February 7, 2023

BILAKAH QAUL QADIM ADALAH HUJAH?

Qaul Qadim imam Syafie diamalkan dan disandarkan dalam fatwa selama ia tidak bercanggah dengan qaul Jadid imam Syafie.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

METODE MALIKI: HADIS SAHIH TIDAK DIAMALKAN JIKA BERCANGGAH DENGAN USUL

Imam Maliki tidak amalkan hadis khiyar majlis kerana hadis tersebut bercanggah dengan usul yang Qatie.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

HADIS SAHIH YANG IMAM SYAFIE TIDAK AMALKAN.

Ada beberapa hadis yang sahih di sisi imam Syafie, tetapi ia tidak diamalkan. Orang mungkin rasa pelik: kenapa iman Syafie tidak amalkan hadis sahih tersebut.

Rupa-rupanya, dalam penelitian Imam Syafie, hadis itu mansukh.

IBN Khuzaimah pernah nyatakan bahawa dia tidak tahu perkara halal - haram dari hadis tidak ditulis imam Syafie dalam kitab-kitab beliau.

Rujukan;
- Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie,
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

MAKSUD IMAM SYAFIE, SAHIH HADIS

Orang selalu nukilkan perkataan Imam Syafie yang kata: "apabila sahih hadis, maka itu mazhab aku"

Dan perkataan beliau: "apabila kamu dapati dalam kitab aku perkara yang menyalahi hadis sahih, maka hendaklah kamu berpegang kepada hadis dan tinggalkan perkataan aku".

Perkataan ini sering dijadikan alasan bagi sebilangan orang yang menilai sesuatu hadis pada pandangannya sahih, dia terus anggap fatwa imam Syafie sebagai salah.

Nukilkan kenyataan imam Syafie tanpa dia faham konteks. 

Sebenarnya, imam Syafie cakap sebegitu sebagai menggambarkan metode mazhab beliau yang berbeza dengan metode mazhab Hanafi dan Maliki. Seperti mazhab Maliki menilai, hadis sahih Sanad tidak boleh diamalkan jika kandungan matan hadis itu tidak diamalkan oleh ahli Madinah.

Rujukan;
Mustalahat al-Mazhab Al-Syafie.
- Dr. Kamal Sodiq Yasin Lak
- maktab al-Tafsir Li Nasyr wa al-I'lan, Arbil. 2010.

Monday, February 6, 2023

AL-KAUTSARI REMEHKAN SAHABAT NABI

Antara bahaya yang berlaku pada umat ini adalah taksub sehingga sanggup meremehkan Rasulullah berbanding individu yang dia taksub.

Dalam sekitar awal 1900 masihi, ada seorang ulama bernama Zahid Al-Kautsari yang berasal dari Turki dan meninggal di Mesir; dia taksub mazhab Hanafi sehingga kadangkala dia tampilkan Imam Abu Hanifah lebih dari sahabat Nabi.

Apatah sangat meremehkan imam mazhab selain Abu Hanifah, seperti Imam Syafie.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.

Saturday, February 4, 2023

ULAMA RIJAL PALING OBJEKTIF

Imam al-Zahabi menyatakan, ulama jarh dan ta'dil memang tidak maksum. Tp, mereka paling objektif dalam menilai seseorang ulama. Mereka kalau menilai ulamak, mesti disertakan sebab yang layak seseorang ulama itu dikatakan siqah atau tidak.

Dengan sebab itu, Ibn Hajar pesan agar jangan terima bulat-bulat jarh dan ta'dil dari mana-mana ulama tanpa ada menyatakan sebab. Hal ini kerana, untuk nak elak penilaian berasaskan kepada bias taksub mazhab.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.

Friday, February 3, 2023

ULAMA HADIS TIDAK TAKSUB

Kelebihan ulama hadis adalah mereka cukup objektif dalam menilai hadis. Dalam menentukan status perawi, mereka tidak taksub dalam meneliti perawi yang berbeza mazhab aqidah atau fiqh dengan mereka. Cukup perawi itu benar dan amanah dalam meriwayatkan ilmu, itu pun mereka terima riwayatnya, walau berbeza mazhab fiqh dan mazhab aqidah.

Rujukan;
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.

TAKSUB MEMBENTUK ISTINBAT HUKUM

Taksub sememangnya memberi kesan dalam memgistinbatkan hukum. Ibn al-Qayyim pernah menyebut berkenaan wujud pentafsiran agama itu berasaskan kepada taksub mazhab, bukan berdasarkan kehendak Nas. 

Apatah lagi, ada beberapa kenyataan ulama mazhab yang mempunyai kaedah usul yang berpihak kepada mazhab. Seperti Imam al-Kurkhi yang pernah menyebut bahawa hadis yang menyalahi pendapat mazhab Hanafi, hadis itu diihtimalkan sebagai nasakh.

Kadangkala penilaian terhadap bidaah atau tidak sesuatu amalan bukan berasaskan kepada dalil, tetapi taksub mazhab.

Rujukan; 
Al-Taassub al-Mazhabi wa astsuruhu fi Naqd al-Ruwat: dirasah fi al-Manhaj al-Naqdiy li Al-Syaikh Muhammad Zahid al-kawtsari
- Hamid Qufi.
- majalah al-Ulum al-Islamiyyah, Majalah amaliyyah Fasliyyah Mahkamah, bil 32, jilid 1.

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...