Al-Zuhri adalah penduduk syam yang mula-mula mementingkan Sanad dalam periwayatan hadis.
Pada zamannya, penduduk Syam amat bermudah-mudah dengan Sanad.
Ada seorang ulama bernama Ibn Farwah yang riwayatkan hadis tanpa menyebut Sanad. Dia terus sebut Rasulullah saw. Zuhri tegur agar dia tidak riwayatkan hadis kecuali disertakan Sanad.
Imam Malik dikatakan juga orang yang terawal mementingkan Sanad.
Syu'bah pernah kata, hadis tanpa Sanad adalah umpama sayur dan cuka yang tidak bermanfaat.
Permulaan meminta Sanad dalam periwayatan hadis adalah di era selepas pembunuhan terhadap Saidina Osman. Kerana di era itu, bermula dengan taksub dan kepartian.
Yahya bin Said al-Qattan kata, orang yang mula-mula sekali bertanya berkenaan Sanad adalah 'Amir al-Sya'bi.
Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014
No comments:
Post a Comment