Monday, May 1, 2023

kisah sahabat nampak aurat Aisyah.

Melihat hadis, perlu diteliti juga dari sudut tarikh. Jika tidak, boleh membuat kesimpulan yang silap.

Ada satu riwayat yang menyebut bahawa UYAYNAH HIN HISN datang jumpa Nabi yang ketika itu Aisyah ada bersama baginda. Didapati ketika itu Aisyah belum memakai hijab. Dikatakan UYAYNAH bertanya nabi: siapa  wanita kulit kemerah-merahan ini, wahai Rasulullah.

Kisah ini kelihatan benar. Tetapi, apabila diteliti didapati bahawa UYAYNAH memeluk Islam selepas turun ayat Hijab. Justeru, tidak munasabah dikatakan kejadian ini berlaku.

Apatah lagi, dalam kisah ini ada perawi bernama YAZID BIN IYADH yang merupakan perawi MATRUK. 

Seorang pengkaji berkenaan permulaan ilmu tarikh dalam kalangan arab, Dr. Abdul Aziz al-Duri menyatakan bahawa tabari adalah sandaran besar terhadap tarikh-tarikh melibatkan awal Islam. 

Tabari pula didapati menukilkan riwayat tarikh dari tokoh yang pelbagai, seperti terpengaruh dengan Syiah, israiliyat, ahli al-Sunnah dan sebagai, seperti ibnu al-Kalbi, Ibn al-Hakam, Ibn Muzahim, Urwah bin -Zubair, al-Zuhri, Ibn ishaq, al-Waqidi, Wahab bin Munabbih, Ka'ab bin al-Ahbar.

Manahij al-Muhaddisin Fi Naqd al-Riwayat al-Tarikhiyyah li al-Qurun al-Hijriyyah al-Salasah al-Ula
- Dr. Ibrahim Amin Aljaf al-Syahrazuri Al-Baghdadi
- Dar al-Qalam, Dubai. 2014

No comments:

Post a Comment

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...