Thursday, August 3, 2023

MAKSUD SANAD SAHIH

Kalau kita baca dalam kitab hadis sebut

اسناده صحيح 
Sanadnya saheh.

Maknanya, hadis itu Sanad bersambung, dan perawinya pula adil dan dhobit.

Tetapi, matan tidak semestinya soheh; kemungkinan ada Syaz atau illat.

Kalau disebut;

رجاله ثقات
Para rijalnya semua siqah

Maknanya, semua perawi hadis itu adil dan dhobit, tapi tak semestinya sanadnya bersambung, juga matan kemungkinan sahaja ada Syaz atau illat.

- Dr Abdul Mahdi Abdul Qadir Abdul Hadi, kitab Turuq al-Hukm 'ala al-Hadis bi al-Sihhah Aw al-Dho'f, jld 2, hlm 263

No comments:

Post a Comment

pemula kritik hadis palsu

Dalam tradisi umat Islam, ada dua aliran besar yang dibincangkan; ahli Ra'y dan Ahli Hijaz.  Kritikan hadis kerana bimbang ia palsu, ama...